...samting bout my self...

name
~ muhammad syazally bin ramly
d.o.b
~ 26 may 1988
p.o.b
~ hospital banting
zodiac
~ gemini
current location
~ banting
hobby
~ prank people , dajal my friends , killing ants , hang out with my crazy friend , world of warcraft!!!
eye color
~ sharingan..no la..its brown!
hair color
~ currently black
lutut color
~ coklat..sometimes red
bulu kaki color
~ blonde?
height
~ 160 cm
weight
~ 70 kg
heritage
~ malayan
right handed or left handed
~ its right
weakness
~ hehe...fuck y'all
fears
~ dark places , small places , eight leg freaks , graveyards (foe sho')
Goal you would like to achieve today
~ to archieve goal for tomorow
Goal you would like to achieve this month
~ earn much money and get a life for next month
Goal you would like to achieve this year
~ earn so much money and get more freaking life for next year
First thoughts when waking up
~ Jamban? uhm.. my phone
Thoughts before going to sleep
~ damn it!...what im goin to do if cant sleep..
Best physical feature
~ My chess..huhu!
Best memories
~ chilling with my friends and get high , laughing till my mouth couldn't close
Worste memories
~ erm..got no idea coz im fucking happy golucky guyz!!!
Do you drink
~ hell NO!
Do you swear
~ depend on the situation
Do you sing
~ can say every morning when i was sitting on my jamban
Do you dance
~ Only in my bedroom..haha!!! chill out baby
Do you shower daily
~ hygene is important man..
Do you get enough sleep
~ nope..i got imsomnia ):

lelaki cemburu.....?

Saturday, June 13, 2009

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.


Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.
Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran…


Aquarius

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.


Pisces

Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.


Aries

Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.


Taurus

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.


Gemini

Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.


Cancer

Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.


Leo

Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.


Virgo

Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.


Libra

Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.


Scorpio

Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.


Sagitarius

Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.


Capricorn

Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.



p/s : korg jgn caye sgt ngan menatang ni k.. ak pon xcye.. sje amek bg pnoh skit blog ak ni..

hehe.. in fact, yg psl gemini 2 cm slh je coz ak kuat cemburu org nye.. keke......

so.. korg nilai la sindri k same ade btol or x....

remaja.........?

DETIK paling manis dalam kehidupan ialah zaman remaja. Semuanya indah dan berseri, malah badan kuat, kulit tegang, minda pun cerdas, sentiasa ceria tanpa bebanan membuatkan hati girang.

Oleh kerana itu, remaja menjadi harapan bangsa, negara dan agama, malah 1,001 harapan digalas di atas bahu remaja.Tidak hairanlah semua ideologi mensasarkan remaja sebagai penerus kesinambungan perjuangan. Malah untuk merosakkan satu-satu bangsa selalunya diawali dengan merosakkan remaja.

Al-Quran ada menceritakan banyak teladan remaja. Cerita remaja ashabul kahfi memang patut dicontohi. Ketika manusia seluruhnya hanyut dalam sandiwara leka dunia mereka teguh lari menyelamatkan iman.

Malah, menurut riwayat, ada kalangan yang beranting-anting dan berambut panjang tetapi mereka tidak hanyut dalam kelekaan kerana ada roh agama.

Begitu juga Saidina Ali, dalam usia sembilan tahun berani menjadi galang ganti Rasulullah tidur di katil nabi laksana menggadai nyawa pada malam hijrah nabi.

Ramai remaja tertipu hidup berfoya-foya, ke hulu ke hilir tak tentu arah, asyik hendak berseronok saja, sehingga kadang-kadang terjebak dalam pelbagai skandal yang akhirnya merenggut kenikmatan remaja.

Antara sebab sesetengah remaja sanggup melakukan apa saja asalkan seronok kerana mereka berpendapat remaja hanya sekali saja, jadi bersukarialah sepuas-puasnya.Pada mereka peluang hanya sekali. Bila tua terlepas segalanya.

Inilah bisikan syaitan penuh racun yang menghancurkan remaja sepanjang zaman.Remaja bukan sekali. Remaja sebenarnya dua kali, iaitu sekali di dunia dan lagi sekali di akhirat iaitu di syurga.

Mereka yang masuk syurga menurut satu hadis nabi ialah yang berumur lingkungan 30 tahun iaitu umur Nabi Isa.

Kenapa kita mudah tertipu dengan slogan iblis yang penuh racun itu?

Slogan itu hanya mengajak dan meramaikan penghuni neraka.Ini berpunca daripada salah tafsir mengenai keseronokan. Bila kita lihat kawan kita terbabit dalam lumba haram kita berasa mereka sangat seronok.Justeru, tanpa berfikir panjang kita pun kepingin menurut mereka, kononnya seronok dan akhir sekali itu sajalah kita seronok. Selepas itu merana sepanjang hidup.

Remaja melihat pula mereka yang hidup bebas tanpa pegangan agama 'free love' membawa kepada 'free sex' terasa seronok, lalu terus mengidam.Tetapi rupanya sekali itu sajalah seronok dan selepas itu merana dengan anak luar nikah serta pelbagai penyakit dan risiko.

Begitu juga dengan dadah dan segala pil khayal, berasa seronok konon melihat remaja lain mabuk dalam lautan khayalan, terus mencontohi mereka malah menjadi pelanggan dan penagih utama.Keseronokan yang diharap rupanya kemudaratan yang berpanjangan melilit kehidupan.

Demikianlah silap tanggap mengenai ketenangan dan keseronokan.Betul sungguhlah ajakan syaitan, muda hanya sekali bererti mereka hanya muda di dunia saja dan tidak dapat menikmati muda kali kedua di akhirat iaitu muda di syurga.

Kenapakah ramai remaja tidak melihat sekumpulan remaja lain yang bukan saja berjaya dalam hidup tetapi juga tenang pada wajah dan watak mereka.Selepas bekerja dengan tekun golongan ini bergegas ke tempat solat selepas terdengar azan Zuhur, membasuhi wajah dengan air wuduk kemudian dahi cecah ke sejadah dan berzikir berdoa tak lekang di bibir.

Kemudian, selesai mengerjakan solat mereka menyambung kerja dengan tekun dan tenang.Apabila datang waktu Asar lagi sekali menghadap Allah, mengulangi lagi kemanisan beribadat.

Dengan itu, wajah menjadi berseri dan badan pun sihat.Sementara yang berumah tangga kehidupan rumah tangganya bahagia dan yang bekerja kadangkala menjadi ikutan kepada rakan yang lain di tempat kerja.

Bagi golongan terbabit, pelbagai majlis ilmu menjadi tumpuan sebagai santapan rohani dan minda. Mereka juga berhibur dalam batasan agama dan norma ketimuran yang penuh adap sopan.

Pendek kata mereka inilah yang mungkin mendapat muda dua kali, iaitu sekali ketika di dunia dan kerana menjaga nikmat remaja di dunia mereka mendapat kali kedua remaja di syurga yang kekal abadi.

Oh Rokok !!!

Monday, June 8, 2009

WABAK tembakau? Akan adakah wabak atau epidemik tembakau? Ya, ada dan sedang ‘merebak’. Lihat di keliling anda, ada saja orang diserang kanser paru-paru, tercungap-cungap bernafas akibat penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), bronkitis serta penyakit jantung yang disahkan ada kaitan rapat dengan merokok.

Lebih 90 peratus kes kanser paru-paru pada lelaki dan 80 peratus pada perempuan disebabkan rokok. Di Amerika Syarikat, ia adalah kanser utama penyebab kematian, melebihi jumlah keseluruhan kematian akibat kanser payudara, prostat dan usus; dan sedihnya perkara sama juga berlaku di negara kita.

Kajian menunjukkan penyakit jantung yang dikaitkan dengan merokok meragut lebih 600,000 nyawa setiap tahun di negara maju. Merokok menyebabkan jantung berdegup cepat yang boleh menaikkan tekanan darah. Ini meningkatkan risiko penyakit hipertensi (tekanan darah tinggi), strok dan serangan jantung.

Setiap tahun dianggarkan 5.4 juta kematian akibat rokok dicatatkan — jauh lebih tinggi berbanding kematian tibi, malaria, kemalangan, penyalahgunaan dadah dan pembunuhan. Jumlah ini dijangka meningkat kepada lapan juta setahun menjelang 2030 jika tiada langkah pencegahan dilakukan.

Di Malaysia, pada 2006 saja, 12,534 daripada 31,186 kes yang dirujuk ke unit kecemasan dikenalpasti ada sindrom koronari akut yang disebabkan tabiat merokok. Fakta yang disebut di atas bukan baru. Semua orang dan perokok tahu mengenainya. Namun sebagai peringatan bersama (kerana lumrah manusia, kita cepat lupa).

Walaupun kebanyakan perokok mungkin bersikap tidak peduli dengan segala amaran dan penyakit yang mungkin menimpa mereka, ramai yang diam-diam mencuba pelbagai cara untuk berhenti tetapi masih tidak berjaya.

Jika anda termasuk dalam kumpulan ini, teruskan berusaha kerana ini antara sumbangan yang boleh anda beri kepada keluarga. Kajian di United Kingdom mendapati merokok boleh memendekkan hayat seseorang sehingga 10 tahun. Maknanya perokok akan mati 10 tahun lebih awal berbanding individu tidak merokok.

Berapa ramai rakyat Malaysia merokok? Jumlah perokok di kalangan orang dewasa di negara kita semakin meningkat iaitu daripada 21.5 peratus pada 1986 kepada 33 peratus pada 2006. Namun berita baiknya 70 peratus daripada perokok di negara kita ada keinginan dan pernah cuba berhenti.

Untuk berhenti merokok bukan mudah kerana ia memerlukan kesedaran, kesungguhan dan sokongan tidak berbelah bagi. Ramai menganggap kejayaan lebih tinggi jika berhenti merokok secara mengejut tetapi banyak bukti menunjukkan ramai kembali merokok selepas satu tempoh tertentu, kata Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Aizai Azan Abdul Rahim.

Kaedah lain yang boleh dicuba ialah terapi penggantian nikotin sama ada tampalan, gula getah nikotin, ‘rokok nikotin’, semburan hidung atau pil oral bagi menangani ketagihan terhadap nikotin. Bila perlu menggunakan pengganti nikotin? Menurut Dr Aizai, terapi ini boleh diambil apabila seseorang bertekad berhenti merokok dan ia boleh diperoleh daripada doktor atau dibeli di farmasi.

Bagi yang ingin mencuba sendiri, Dr Aizai menyarankan anda menggunakan terapi penggantian nikotin selama 10 minggu. Lihat sama ada anda benar-benar berjaya membebaskan diri daripada belenggu rokok. Jika tidak berjaya dan masih tidak mampu melawan desakan kuat untuk merokok, tidak mengapa kerana ramai perokok di seluruh dunia menghadapi masalah sama.

“Jika gagal kali pertama, cuba selama 10 minggu lagi. Bagaimanapun, peratus kejayaan lebih tinggi jika usaha anda mendapat sokongan moral dan psikologikal daripada doktor atau pakar bertauliah yang mampu membantu anda berhenti,” katanya sempena Hari Tanpa Tembakau Sedunia yang akan disambut hari ini, 31 Mei 2009.

Pengarah Serantau Pfizer, Unit Perubatan Kardiovaskular dan Penjagaan Metabolik Primer, Dr Alaster Allum, berkata ketagihan nikotin perlu dianggap masalah perubatan kronik yang perlu diberi rawatan khusus, termasuk pemantauan dan penilaian berpanjangan hinggalah kesan nikotin ke atas badan hilang sepenuhnya.

Katanya, kajian mendapati 47 peratus daripada 714 perokok berumur 35 hingga 75 tahun yang ada sejarah penyakit kardiovaskular dan mengambil terapi penggantian nikotin oral seperti verenicline berjaya berhenti merokok selepas empat minggu rawatan.

Jika anda ada sejarah penyakit jantung atau mempunyai ahli keluarga yang diserang penyakit jantung, risiko anda mendapat serangan jantung sangat tinggi jika merokok.Asap rokok meningkatkan keupayaan darah untuk bergumpal (boleh menyebabkan serangan jantung jika gumpalan darah ini tersekat pada saluran darah ke jantung atau strok jika ia menghalang laluan darah ke otak), meninggikan tekanan darah dan kadar degupan jantung.

Bahan kimia dalam asap rokok ini boleh bertindak balas dengan lain-lain faktor risiko, terutama tekanan darah tinggi dan dislipidemia yang akan meningkatkan peluang kehilangan keupayaan atau kematian. Kajian terbaru menunjukkan asap rokok mengurangkan keberkesanan ubat sakit jantung yang anda ambil.

Kesan rokok bukan hanya pada perokok, malah boleh memudaratkan orang tidak merokok tetapi menghidu asap rokok secara tidak sengaja (perokok sekunder). Perokok sekunder juiga berisiko 25 hingga 30 peratus mendapat penyakit koronari arteri dan kanser paru-paru. Malah perokok tertier (iaitu individu tidak merokok, tidak menghidu asap rokok tetapi tercium bau asap rokok) juga berisiko mendapat kanser dan penyakit jantung.

Justeru, ini masanya anda memikirkan semula tabiat buruk itu yang bukan hanya menghabiskan wang, tetapi turut ‘membakar’ kesihatan isteri dan anak secara perlahan-lahan. Antara manfaat yang anda peroleh dengan berhenti merokok ialah:

# Dalam sejam — Sel badan mula memperbaiki diri sendiri, tekanan darah dan degupan jantung menurun

# Lapan hingga 12 jam — Paras karbon monoksida dan nikotin menurun 50 peratus

# 24 jam — Paras oksigen meningkat ke paras normal, risiko mendapat serangan jantung menurun

# 48 jam — Deria rasa dan hidu semakin baik, kesan nikotin hilang daripada badan

# 2 minggu — Peredaran darah bertambah baik dan fungsi paru-paru meningkat 30 peratus

# 4 minggu — Ketagihan nikotin hilang sepenuhnya

# 1 tahun — Risiko sakit jantung turun 50 peratus

# 5 tahun — Risiko strok sama dengan orang tidak merokok

# 10 tahun — Risiko kanser paru-paru kurang 30 hingga 50 peratus berbanding orang yang masih merokok

# 15 tahun — Risiko sakit jantung sama dengan orang tidak merokok


Kesan negatif rokok

> Jika wanita merokok ketika hamil, bayi dilahirkan tidak cukup berat
> Komplikasi kehamilan
> Kesuburan terjejas (wanita dan lelaki)
> Bayi berisiko alami sindrom mati mengejut (SIDS)
> Mati pucuk (lelaki)
> Keretakan tulang pinggul
> Ketumpatan tulang rendah
> Melambatkan penyembuhan luka (pembedahan, gigi)
> Menjejaskan keberkesanan ubat
> Merangsang katarak
> Kulit cepat berkedut
> Ulser peptik

Manakala risiko kesihatan yang dihadapi perokok ialah:

> 20 kali risiko kanser paru-paru
> Dua kali risiko serangan jantung
> Empat kali risiko kematian akibat penyakit jantung
> Tiga kali risiko strok (angin ahmar)